Artikel ini akan menerangkan panduan dan cara solat sunat dhuha yang mudah difahami.
Panduan ini juga disertakan dengan ejaan rumi dan makna dalam bahasa Melayu untuk memudahkan bagi mereka yang tidak fasih membaca arab.
Solat Dhuha merupakan salah satu daripada amalan solat sunat yang sangat digalakkan dalam ibadah harian.
Jom kita tunaikan solat dhuha supaya menjadi amalan kita setiap hari selepas ini.
Kelebihan dan Fadhilat Solat Sunat Dhuha
Solat dhuha mempunyai kelebihan dan fadhihatnya yang tersendiri. Ia dia anggap sebagai ganti kepada sedekah yang perlu dilakukan oleh setiap sendi yang ada pada tubuh badan manusia.
Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri.
Firman Allah dalam hadis qudsi: “Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya.” (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)
Rasulullah s.a.w bersada:
“Setiap sendi pada tubuh kamu perlu bersedekah. Kesemuanya itu dapat diganti dengan mengerjakan solat sunat dhuha dua rakaat”
(Hadith diriwayatkan oleh Abu Dzar)
Antara kelebihan lain solat dhuha ialah:
- Orang yang menunaikan solat dhuha dimurahkan rezekinya.
- Allah S.W.T memelihara orang yang mendirikan solat dhuha dan memberikannya pahala yang banyak.
- Dosa seseorang dapat dihapuskan sekiranya dia mendirikan solat dhuha.
- Sesiapa yang mendirikan solat dhuha seolah-olah dia melakukan kebaikan ataupun sedekah dengan seluruh anggotanya.
- Dipermudahkan segala urusan duniawi dan ukhrawi.
Maksudnya:
Kekasihku Nabi Muhammad s.a.w telah mewasiatkan kepadaku tiga perkara yang tidak akan pernah aku tinggalkan sehingga akhir hayatku; berpuasa tiga hari setiap bulan (Hijrah), mengerjakan dua rakaat solat dhuha dan mengerjakan solat witir sebelum tidur.
Hukum Solat Sunat Dhuha
Sunat muakkad.
Waktu Solat Dhuha
Solat Dhuha merupakan solat sunat yang dilakukan pada waktu antara naik matahari selepas syuruk hingga sebelum gelincir matahari.
Waktu Dhuha adalah selepas 28 minit waktu syuruk sehingga masuknya waktu zohor.
Waktu yang paling afdal (utama) melaksanakannya ialah ketika matahari berada pada ketinggian 45 darjah iaitu ¼ daripada waktu siang iaitu kira-kira jam 10 pagi.
Cara Mengerjakan Solat Sunat Dhuha
Adapun cara ringkas menunaikakan Solat Dhuha adalah sebagaimana berikut;
Niat
Niat rumi:
Usolli Sunnata Dhuha’i rak’ataini lillahi Ta’aala
Maksudnya:
Sahaja aku Solat Sunat Dhuha dua rakaat kerana Allah Ta’ala.
Bilangan Rakaat
Solat Dhuha boleh dilaksanakan dalam bilangan 2, 4, 6, 8, 10 atau 12 rakaat.
Cara Pelaksanaan
Digalakkan secara bersendirian.
Bacaan Dalam Solat
Rakaat Pertama
Selepas membaca surah al-Fatihah digalakkan membaca surah al-Shams atau surah lain.
Rakaat Kedua
Selepas membaca surah al-Fatihah digalakkan membaca surah al-Dhuha atau surah lain.
Panduan Bacaan Surah dalam Solat Dhuha
Bacaan surah-surah berikut dilakukan selepas daripada membaca surah al-Fatihah.
Rakaat | Nama Surah | Permulaan Surah |
Pertama | Surah al-Shams | |
Kedua | Surah al-Dhuha |
Rukun Solat
Menyempurnakan 13 rukun solat sebagaimana solat-solat yang lain.
Doa Selepas Solat Dhuha
Selepas selesai menunaikan solat sunat dhuha bacalah doa berikut sama ada doa pendek atau panjang ini.
Doa Pendek
Maksudnya:
Ya Allah, ampunilah aku, rahmatilah aku dan perkenankanlah taubatku. Sesungguhnya Engkau Maha Penerima Taubat Maha Pengampun.
Doa Panjang
Maksudnya:
Ya Allah, sesungguhnya waktu dhuha adalah waktuMu, kemegahannya adalah kemegahanMu, kecantikannya adalah kecantikanMu, kekuatannya adalah kekuatanMu, kemuliaannya adalah kemuliaanMu, kekuasaannya adalah kekuasaanMu.
Ya Allah sekiranya rezeki kami di atas langit, turunkanlah. Sekiranya di dalam bumi, keluarkanlah. Sekiranya sukar, mudahkanlah. Sekiranya haram, sucikanlah. Sekiranya jauh, dekatkanlah. Dengan hak waktu dhuha, kemegahan, kecantikan, kekuatan dan kekuasaanMu, berikanlah kepada kami apa yang Engkau berikan kepada para hambaMu yang soleh.
Hikmah Menunaikan Solat Dhuha
- Mendekatkan diri kepada Allah S.W.T bagi meraih kasih sayang daripadaNya.
- Membuktikan ketaatan kepada Allah S.W.T setiap masa.
- Mendapat rahmat dan rezeki daripada Allah S.W.T.
Persoalan Tentang Solat Dhuha
BOLEHKAH SOLAT DUHA EMPAT RAKAAT SATU SALAM?
AL-KAFI LI AL-FATAWI : SOALAN 196 (24 FEBRUARI 2016 M / 15 JAMADILAWAL 1437 H)
SOALAN:
Assalamualaikum wbt,
Mohon penerangan yang berbahagia Datuk berkenaan solat Duha, bolehkah solat 4 rakaat terus atau 2 rakaat diikuti salam dan solat 2 rakaat lagi?
Terima kasih
JAWAPAN:
Waalaikumussalam wbt,
Sunat hukumnya dilakukan solat sunat Duha secara dua rakaat satu salam, tetapi jika dilakukan dengan empat rakaat satu salam itu harus hukumnya. Rujuk I`anah al-Talibin (1/294).
Walaupun begitu, kami berpendapat agar dilaksanakan solat dhuha itu secara dua rakaat satu salam sebanyak empat rakaat atau lebih kerana demikian lebih dekat dengan nas. Daripada Ummu Hani R.anha:
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَوْمَ صَلَّى سُبْحَةَ الضُّحَى ثَمَانِ رَكَعَاتٍ كَانَ يُسَلِّمُ مِنْ كُلِّ رَكْعَتَيْنِ
Maksudnya: Bahawa Rasulullah SAW bersolat duha lapan rakaat, dilakukan dengan salam bagi setiap dua rakaat.
Hadis riwayat Abu Daud, al-Tabarani, Ibn Khuzaimah, dan al-Baihaqi.
Wallahua`lam.
(Sumber: Mufti Wilayah Persekutuan)